Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar

Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 2001. Pertandingan Sekolah Lestari dibuka kepada sekolah rendah dan menengah. Tujuan program ialah untuk menghidupkan budaya mesra alam di sekolah.

Untuk mencapai status Sekolah Lestari, sekolah perlu menepati empat komponen:

  • Pengurusan - merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah dalam pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Kurikulum - menerap nilai-nilai alam sekitar (kepada murid dan guru) dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Kokurikulum - mengadakan aktiviti-aktiviti bertemakan alam sekitar seperti: Kempen Kesedaran Alam Sekitar; sukan seperti Enviro-Hunt, Larian Hijau; Program Kitar Semula
  • Penghijauan - Aktiviti-aktiviti termasuk penceriaan landskap sekolah; program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok; melabelkan nama saintifik dan tempatan pada pokok.

Anugerah tertinggi yang akan diperolehi oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah Anugerah Sekolah Lestari.